Saturday, March 17, 2012

Aku sangat gembira dapat bawa familyku berjalan-jalan di medan
Ke danau toba, samosir island, simalem resort, brastagi
Aku gembira dapat bawa adik-adik aku naik scooter jalan-jalan di medan
Sampaikan adik bongsu aku tu nanges mau naik scooter lagi time dah mau balik malaysia tadi :(
Aku gembira sebab banyak bercerita dengan family pasal medan
Aku gembira sebab family datang medan :)
Aku gembira sebab dapat gembirakan dorang, dan jadikan kedatangan dorang ke medan kali ni best dan menarik :)
Alhamdulillah, mereka happy :)
Walaupun nampak macam penat sebab jadual pack :)
Tapi 5 hari sebenarnya tak cukup pun

Dorang balik tadi, aku tiba-tiba rasa lost
Tiba-tiba homesick teruk
Tiba-tiba rasa sunyi

Lagi teruk rupanya homesick bila family datang medan dari homesick balik medan cuti semester

Rindu gila......T_T

Ps: dalam dunia ni, wajah yang paling aku suka tengok adalah wajah bonda dan ayahanda sewaktu mereka gembira dan tersenyum. Indah...
Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Saturday, March 10, 2012

Ombak


Ombak yang menjamah
kakiku sekali
takkan dapat
kukenali lagi.

~ A. Samad Said

Thursday, March 8, 2012

Its ok
Its ok for making me feel like I'm not exist
Its ok
Its ok then

Teruskan dengan ego kau
I know where I stand
I'm not belong here
Teruskan jadi diri sendiri
Dan jangan marah bila aku jadi diri aku

Sekarang aku masih bersabar
Tapi selepas ini bila aku sudah tak mampu bertahan
Jangan tanya aku kenapa.

I'm not joking anymore.

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Friday, March 2, 2012

aku tak perlukan sahabat di waktu gembira
kerana belum tentu mereka ini wujud di waktu kita duka
tetapi, sahabat di waktu duka
pasti wujud di saat kita gembira juga.

***

aku sebenarnya makin risau
jika ada sesiapa yang kenal aku membaca blog ini
aku harap jumlah pembaca blog picisan ini tak bertambah
ini hidup aku, tak ada kaitan dengan kau
aku takut orang yang membaca ini
dia terasa aku tujukan untuk dia.
sedangkan tak ada kaitan.
aku tak mahu dikasihani bila kau baca tulisan aku,
apa lagi salah erti, sedangkan kau tak faham.
ini mungkin cuma luahan.

jadi, kalau baca, baca diam-diam.
sebab aku memang tak akan private blog ini.

Tuesday, February 28, 2012

Fobia

Semalam aku mahu bersendiri. Aku tidur di bilik solat, satu-satunya bilik yang ada air-cond di rumah ini. Lagipun semalam aku sedang berduka. Aku menonton video-video palestine, syria, dakwah, ukhwah, tarbiyyah yang menguatkan jiwa. Menangis-nangis sendiri. Kemudian aku membaca buku Khalid al-walid. Pun tak sampai beberapa minit, aku terlelap.

Tiba-tiba dalam jam 2 stgh, aku terjaga, aircond telah pun tutup. Pelik juga macam mana boleh tertutup. Aku rasa panas. Aku terpaksa membuka mata kerana kedengaran bunyi yang sangat bising diluar dapur. Aku buka mata, tepat aku melihat kelibat seekor tikus sedang berlari masuk ke dalam bilik itu lalu menuju ke bilik air (bilik solat besar dan ada bilik air)

Ya Allah. Terkejut gila. Apa betul aku sedang mimpi atau apa? Kemudian aku cuba memaksa diri dengan beranggapan bahwa aku cuma bermimpi, walaupun dada aku semput, kesedaran aku penuh, sosok tikus berlari itu terngiang-ngiang dan sangat buat aku bergetar. Aku memang fobia gila dengan tikus :'( sedih.

Akibat terlalu ngantuk, aku mula terlelap, tetapi cuma seketika, bila aku terdengar bunyi kuakan pintu. Aku melihat pintu, sudah terbuka sedikit. Tapi aku takut :'( aku tak dapat bergerak ke mana-mana. Lalu sekali lagi cubaan untuk aku melupakan dunia realiti dengan melelapkan diri, aku terjaga lagi, kerana terdengar bunyi kuakan pintu, pintu telah pun terbuka sedikit besar dari tadi.

Aku terus bangkit. Aku tenung tajam pintu, serius. Aku takut ya Allah :'( kenapa aku harus takut dengan makhluk kecil itu.
Stupid. Aku beranikan diri berjalan ke pintu. Dalam beberapa minit lamanya kaki aku stuck, tak dapat bergerak ke arah pintu. Entah keberapa minit, aku paksa diri menutup pintu. Aku hempas pintu sekuat hati. Sakitnya hati aku. Terus aku kunci.

Mata aku beralih pula ke arah pintu bilik air. Aku risau gila kalau makhluk kecik tu masih ada dalam toilet, pun sama seperti tadi, beberapa minit lamanya aku gagal, kaki aku kaku. Sempat menangis. Tsk. Lantas aku beranikan diri berjalan dan menutup pintu bilik air sekuat hati.

Kembali ke tilam tempat aku tidur. Lega sedikit. Walaupun masih risau dan takut :'( aku cuba bbm housemate2 aku yang ada di atas. Tiada jawapan. Semua sudah tidur. Tak apalah. Disebabkan aku takut untuk keluar naik atas, aku stay.

Waktu tu perkara yang aku paling mahu buat ialah solat tahajud. You know what, aku tak dapat masuk toilet. Kaki aku bergetar, dada aku berdebar. Aku risau kalau dia masih ada dalam toilet tu. Ya Allah.... Aku menangis. Sendiri. :'(

Tiba-tiba, aku dengar bunyi bising di luar. Tikus tu cakar2 pintu. Bising gila. Aku sambung tidur. Tapi tak dapat. Sebab sangat bising. Aku pakai headphone, dengar lagu opick. Lama jugalah tikus tu cakar2 pintu tu. Aku serius rasa dia bukan tikus tapi syaitan. Sebab ganggu aku, serius aku rasa sangat tercabar. Macam mana perangai dia boleh jadi begitu. Dengan keadaan hati aku yang sedang panas dan emo sebab gara2 aku takut mahu masuk toilet pegi amik wuduk, aku hentak pintu, aku baling apa ntah ke arah pintu. Senyap. Beberapa minit kemudian, dia sambung kerja dia dengan mencakar, merosakkan pintu.

Tengok jam, dah jam 4 am. Aku sedih. Kecewa. Sebab tak dapat tahajud gara2 itu. Lama juga lah aku nangis. Aku dengar lagu opick pakai headphone, lalu akhirnya aku terlelap, waktu itu tikus masih bising di luar.

Kira2 waktu subuh, housemate2 aku ketuk pintu kerana pintu kunci. Alhamdulillah. Bila aku tengok keadaan pintu, rupanya tikus cuba mau buat lubang di pintu tu. Ya Allah, jahat gila! :'(

Sampai aku suh sorang housemate bukakan lampu toilet untuk aku masuk. Dia pelik gila. Tak pernah2 aku gitu. Lalu kami solat subuh jemaah.

Tadi aku cerita kat hosmet2 aku kejadian tu. Bila aku cerita yang aku sampai nangis2 semalam, dorang ketawa. Kuang aja. -_-

Aku rasa itu mimpi paling ngeri pernah aku alami. Aku pelik kenapa tikus tu begitu. :(

Aku seorang yang berani. Tapi aku fobia dengan tikus. Inilah kelemahan besar aku.

:'(

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Kalau kau tak suka sikap aku,
Tegur direct kepada aku bersendiri.
Apabila hanya kita berdua, aku rela kau tegur, marah, maki, kritik aku habis2.
Aku akan respect gila kat kau jika berbuat begitu.
Aku akan anggap kau adalah sahabat baik aku.

Tapi, bila kau tegur dan buka kelemahan aku hanya di depan orang,
Kau pengecut, kerana tak tegur aku sewaktu kita hanya berdua,
Tetapi diluahkan dalam keramaian.
Aku terasa seperti kau sedang robek2 hati kecil aku,
Terasa seperti kau hina aku
Seperti aku tak ada harga diri
Dan aku tak pernah respect terhadap kau walau kau mengaku aku adalah sahabatmu
Kau silap jika berfikir begitu.

For the time being, I still convince myself that you're a good friend of mine. But it only give a pain to me. I will make an effort to keep in mending the broken pieces in my heart.

I wish I was forgiving you no matter what you've done for me.

...

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Thursday, February 16, 2012

Lelah.
Letih.
Tapi aku tetap senyum apa adanya.
Semakin dewasa,
Aku terkilan akan sikapku sendiri.
Aku telah berlaku yang tidak sepatutnya pada mereka yang aku cinta.
Manusia itu beragam.
Cara mereka cinta berbeza.
Dan aku, cara aku cinta berbeza.
Sehingga kau tidak jangka sebegitu aku dalam mencinta.
Aku kasar, jadi cara aku agak kasar.
Tapi hati aku cinta.
Cinta sangat. Sayang sepenuh hati.
Kadang-kadang aku tak sanggup luahkan betapa aku cinta mereka.
Kerana ianya memang tak mampu diungkapkan.
Dan bila mereka ini sanggup berkorban untuk aku, hati aku luluh.
Seperti mahu menangis.
Tapi aku sorokkan air mata.
Aku simpan dalam-dalam.
Dalam gelap, aku menangis.
Ya Allah, syukur.. Kerana dalam dunia ini, Kau hadirkan aku orang-orang tuk aku cinta
Dan kerana mereka inilah, aku tahu erti cinta. :')
Kerana mencintai itu pun sudah membahagiakan.

Saat ini,
Aku mahu bercerita.
Aku mahu orang dengar cerita aku walaupun cerita aku tak menarik.
Aku mahu berkongsi sesuatu,
tapi tak pasti dengan siapa.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, February 6, 2012

Tini..
Kau lah anak sulung sekarang ni
Kau lah harapan keluarga
Kau yang jadi pemimpin untuk adik-adik kau
Didik dorang baik-baik
Jadi contoh yang baik
Memang kaulah harapan keluarga ni sekarang..


Gulp. Rasa macam mau nangis dengar mama cakap gitu. Tsk. :'(

Biarpun aku tak mampu jadi terbaik untuk semua orang, I will try my best.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, January 23, 2012

Aku sedar,
Aku memang banyak kelemahan.
Tak, memang aku sedar.
Banyak sangat kelemahan.
Aku tak pandai semua ni
Dan aku memang macam ni mungkin
Aku tamak
Aku selalu mahu orang faham perasaan aku
Tapi aku sendiri sukar fahami perasaan orang
Itulah yang membuatkan aku sedih
Aku kecewa dengan diri sendiri sebenarnya
Maaf, aku tak dapat kawal diri
Sebab aku bukan yang terbaik.

Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone

Wednesday, January 11, 2012

Sudah lama,
Sangat lama aku ditinggalkan
Tanpa sebarang kata
Kata harapan untukku

Menunjuk-nunjukkan kegembiraan palsu aku
Di depan dunia yang gila

Fasa ini aku berada di fasa kebal
Untuk beberapa waktu lagi
Aku mungkin akan berputus asa
Mungkin.


Sebab aku sangat sakit.


Tak pernah rasa terlampau tekanan dalam exam macam sem ni. Terima kasih.
Sent from my AXIS Worry Free BlackBerry® smartphone